PT Sans | Reset
A A

KENYATAAN TAWARAN BIDAAN PENGURUSAN HOTEL WAKAF MAINPP

 

logomaip1
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

 

KENYATAAN TAWARAN BIDAAN PENGURUSAN HOTEL WAKAF
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP)

Pengusaha hotel bertaraf Bumiputera yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pengurusan hotel adalah dipelawa untuk mengambil bahagian bagi menyertai bidaan menguruskan hotel wakaf milik MAINPP seperti berikut:-

Lokasi/Daerah Premis Keluasan Jenis Perkhidmatan
Jalan Kampung Kaka, Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

36 unit apartment 3 bilik,

2 unit lobi hotel,

1 unit bilik mesyuarat,

2 unit ruang restoran

700 kp setiap unit

242 kp

1,794 kp

4,540.07 kp

Perhotelan

Pengusaha di bidang pengurusan hotel boleh mendapatkan DOKUMEN bidaan khidmat perhotelan secara percuma pada waktu pejabat mulai 7 April 2015 – 20 April 2015. Pengusaha Hotel hendaklah membawa bersama Sijil Pendaftaran Syarikat asal yang masih sah semasa mengambil dokuman tawaran. Sesi taklimat akan diadakan pada 20 April 2015, jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat MAINPP, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, Pulau Pinang. Pemegang lesen atau wakil pengusaha hotel DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat dan perlu membawa bersama salinan Sijil Pendaftaran Syarikat semasa sesi taklimat tersebut.

Dokumen bidaan sebagai pengusaha hotel yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dilakri dan ditulis “Bidaan Pengurusan Hotel Wakaf” di bahagian atas (kiri) sampul surat dan perlulah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN BIDAAN PENGURUSAN HOTEL WAKAF MILIK MAINPP di alamat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400, Pulau Pinang Sebelum 27 April, 2015 (Isnin) 12.00 Tengah Hari.