MAINPP Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Kontinjen Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Diketuai oleh Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah MAINPP, kontinjen No. 12 tampil dengan penuh disiplin dan semangat patriotisme sebagai tanda kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.

Penyertaan ini mencerminkan semangat kebersamaan warga MAINPP dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, di samping memperkukuh nilai perpaduan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama, penglibatan MAINPP dalam sambutan ini turut mencerminkan komitmen dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, selaras dengan visi MAINPP, “Mengungguli Tadbir Urus dan Pembangunan Ummah Negeri Pulau Pinang Menjelang 2030.”

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

1 2
3 4
5 6