YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah hadir ke MAINPP bagi menghadiri Majlis Persaraan Puan Siti Nurbaya binti Osman, Penolong Akauntan Bahagian Kewangan Dan Akaun.
Kehadiran beliau diraikan oleh YBhg. Dato‘ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha MAINPP dan pegawai serta kakitangan MAINPP. Turut hadir bersama Tuan Haji Mohammad Fadzil bin Alias, suami kepada Puan Siti Nurbaya binti Osman.
Memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Akauntan Gred W6 berstatus kontrak pada 1 Ogos 1996, kemudian secara tetap pada 17 Julai 2000 dan dinaikkan pangkat kepada Penolong Akauntan Gred W32 (TETAP) pada 17 Julai 2013. Kini pada 55 tahun beliau akan bersara secara rasminya pada 30 Julai 2024.
Terima kasih kepada Puan Siti Nurbaya Osman atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di MAINPP. Semoga terus sihat menjalani hari-hari persaraan serta dapat terus beribadah dengan aman dan tenang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |